Home » Badan Berkanun » Badan Kerajaan » Jawatan Kosong UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) Ogos 2012

Jawatan Kosong UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) Ogos 2012


Share/Bookmark

Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA kemudian diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 November 2006.

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut:-

JAWATAN BUKAN AKADEMIK

1. Pegawai Tadbir N52
2. Pegawai Tadbir N48
3. Pegawai Tadbir N44
4. Penolong Pegawai Tadbir
5. Setiausaha Pejabat
6. Juruteknologi Pergigian
7.  Jururawat Pergigian
8.  Pembantu Tadbir Kewangan
9.  Pembantu Perpustakaan
10.  Pembantu Tadbir Kewangan
11.  Pengawal Keselamatan

JAWATAN AKADEMIK

1. Pensyarah Universiti DS45, DS51/52, DS53/54, VK7, VK6, VK5
2. Pensyarah Perubatan DU45, DU51/52, DU53/54, VK7, VK6, VK5

TARAF JAWATAN – Semua jawatan akan dilantik secara Tetap/Kontrak/Sementara/Sambilan.

UMUR – Pemohon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh lantikan. Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON

i) Bagi semua permohonan jawatan, segala maklumat boleh didapati melalui sistem e-recruitment UPNM. Sila daftar login anda di alamat: http://erecruitment.upnm.edu.my dan lengkapkan maklumat permohonan dan resume anda secara online.

ii) Dokumen asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut hanya perlu dikemukakan pada hari temuduga :-

a) Kad Pengenalan / Pasport

b) Sijil – sijil Akademik (UPSR/PMR/SPM/STPM/Sijil/Diploma/Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D)

c) Sijil – sijil Ko-kurikulum

d) Salinan rekod perkhidmatan yang telah dikemas kini (bagi penjawat awam)

e) Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang terkini (bagi penjawat awam)

f) Testimonial/Pengesahan Kerja daripada majikan (bagi pekerja swasta)

g) Salinan slip gaji terakhir

iii) Hanya calon yang di senarai pendek sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

4. Tarikh tutup permohonan jawatan bukan akademik ialah pada 1 SEPTEMBER 2012. Bagi jawatan Akademik, tempoh permohonan adalah sepanjang tahun

Download ;

1. Syarat-syarat Jawatan Bukan Akademik
2. Syarat-Syarat Jawatan Akademik

Posted on : August 15th, 2012