Home » Badan Berkanun » Jawatan Kosong “Syarikat Air Negeri Sembilan” (SAINS) Ogos 2012

Jawatan Kosong “Syarikat Air Negeri Sembilan” (SAINS) Ogos 2012


Share/Bookmark

Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) adalah sebuah perbadanan yang ditubuhkan 15 mac 2007 dan bertanggungjawab untuk mengambil alih peranan dan fungsi pengurusan air di Negeri Sembilan dari Jabatan Kerja Air (JBANS) mulai 1 Januari, 2009. SAINS adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Menteri Besar Sembilan Negeri.

SAINS mempelawa individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. JURUGEGAS/PEKERJA AWAM

Pengisian bagi jawatan Jurugegas/Pekerja Awam di Unit Pengurusan Meter.  Bertanggungjawab di dalam merekod, menyimpan dan mengawal meter air baru,  menukar meter air rosak dan berusia, membaiki kebocoran yang melibatkan meter dan tetiang meter serta menjalankan pemeriksaan dan membaikpulih meter di seluruh Negeri Sembilan.  Jawatan yang ditawarkan bertaraf kontrak.

 

Syarat-syarat (Jurugegas)

  • Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya SPM dan mempunyai Sijil kemahiran Malaysia dalam bidang Mekanikal .
  • Berpengalaman dalam kerja-kerja paip merupakan  satu     kelebihan.
  • Berkemahiran  dalam  penggunaan  komputer: Microsoft word, Excel & Power Point.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan sihat tubuh badan.
  • Mengutamakan  mutu dan hasil kerja serta boleh bekerja dalam kumpulan.
  • Boleh bekerja dengan pengawasan yang minima.
  • Mempunyai lesen memandu (B2,D).
  • Mengetahui kawasan di Negeri Sembilan adalah satu kelebihan.

2. PENGAWAL KESELAMATAN

PENGAWAL KESELAMATAN (UNIT KAWALAN HARTA)

 

Syarat-syarat


  • Warganegara Malaysia (lelaki sahaja).
  • Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya SPM atau  setaraf dengannya  dan  berpengalaman 2 tahun dalam bidang keselamatan.
  • Berumur 18  hingga  45 tahun  keutamaan diberi pada anak Negeri Sembilan.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam B.Malaysia.
  • Mestilah sihat tubuh badan, cergas dan mempunyai penglihatan dan pendengaran yang baik (BMI 19 – 26).
  • Berketinggian 1.57 meter (5’ 2”) dan berat badan 47.6 kg (105 paun).
  • Mestilah bebas daripada sebarang rekod jenayah dan dadah.
  • Mempunyai pengetahuan dan terlatih dalam aspek keselamatan serta kebakaran.
  • Bekas Angkatan Tentera Malaysia (LLP) yang mempunyai rekod perkhidmatan yang baik serta berumur tidak melebihi 45 tahun pada iklan ditutup.
  • Lulus ujian kecergasan yang ditetapkan oleh Syarikat.

Sesiapa yang berminat sila email/hubungi kami dan lampirkan butir-butir peribadi anda dengan gambar berukuran passport  pada atau sebelum  17 Ogos 2012 kepada:

 

Bahagian Sumber Manusia,

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd.,

Tingkat 2, Kompleks PKNNS,

Jalan Persiaran S2 B2,

70300 Seremban,

Negeri Sembilan Darul Khusus.

 

Email : hr_sains@sainswater.com

Posted on : August 16th, 2012