Home » Badan Kerajaan » Jawatan Kosong |Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan| Ogos 2012

Jawatan Kosong |Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan| Ogos 2012


Share/Bookmark

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan Ogos 2012

About Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan ditubuhkan di bawah peruntukan dalam Perkara 61 Bahagian Yang Pertama Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan. Ia memainkan peranan penting dalam aspek Pengurusan Sumber Manusia Negeri Kelantan.

 Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan merupakan badan pengasingan atau sebagai badan bebas. Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan bermula pada tahun 1959 setelah cadangan penubuhannya dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) pada 14 April 1959. Pada 21 Mei 1959 cadangan penubuhannya diluluskan. Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan ditubuhkan secara rasminya pada 25 Jun 1959 dan penubuhannya dikuatkuasakan.

Bidang tugas yang terdapat dalam Suruhanjaya ini termaktub dalam Perlembagaan Negeri dan ia bertanggungjawab terhadap semua kategori kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan iaitu merangkumi semua jawatan daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan Profesional dan Kumpulan Sokongan.

 Dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan sentiasa memastikan segala tindakan dan keputusan yang dibuat tidak terkeluar dan selari dengan dasar-dasar dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui Pekeliling-pekeliling Perkhidmatan, Perintah-Perintah Am Kerajaan, Surat-surat Arahan dan lain-lain sumber rujukan dari semasa ke semasa.

Applications are invited from qualified Malaysian citizens to fill following positions:

  • PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN
  • PENOLONG PEGAWAI TANAH
  • RENJER HUTAN
  • PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/ SETIAUSAHA PEJABAT
  • PELUKIS PELAN
  • PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
  • PENGAWAS HUTAN

Visit  HERE FOR JOB APPLICATION AND HOW TO APPLY

Posted on : August 28th, 2012