Home » Badan Berkanun » Jawatan Kosong ogos 2012; Kraf Holdings Sdn Bhd

Jawatan Kosong ogos 2012; Kraf Holdings Sdn Bhd


Share/Bookmark

Jawatan Kosong Kraf Holdings Sdn Bhd ogos 2012

Aktiviti utama Kraf Holdings Sdn Bhd ialah pengeluaran batik eksklusif untuk pasaran tempatan.  Mulai tahun 2008, syarikat telah mengorak langkah dengan mengeluarkan batik eksklusif untuk pasaran antarabangsa, bermula dengan pembekalan ke pereka Malaysia yang bermastautin di Paris, untuk pasaran Eropah.

Pengeluaran batik eksklusif syarikat berperanan besar menampilkan kehalusan pembuatan dan reka corak batik yang sentiasa baru, yang melambangkan ketinggian kualiti pengeluarannya dan sering menjadi bahan cenderamata bagi majlis-majlis berprestij yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia dan Kementerian Perpaduan,Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

Syarikat turut berperanan memberi perkhidmatan pembekalan bahan mentah kain putih dari sumber kapas dan sutera yang dibeli terus dari negara China, Indonesia dan India untuk keperluan industri batik tempatan.

Kraf Holdings Sdn Bhd adalah anak syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, menjalankan pengeluaran batik eksklusif, pembekalan bahan mentah kain putih dan aksesori untuk keperluan industri kraf.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh lantikan untuk mengisi kekosongan jawatan di anak syarikat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kraf Holdings Sdn Bhd yang bertempat di No.1, KM 20, Jalan Ipoh-Rawang, Taman Rekreasi Templer, 48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan:-

1. PENGURUS SYARIKAT KRAF HOLDINGS SDN. BHD

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN

Mempunya Ijazah Sarjana Muda atau Diploma dalam salah satu bidang berikut:
(a) Pengajian Perniagaan
(b) Pemasaran
(c) Ekonomi
(d) Pengurusan; dan

Berpengalaman lebih 2 tahun menguruskan perniagaan berasaskan pengeluaran produk (keutamaan kepada produk tekstil atau batik)

Boleh berdikari, berdedikasi dan berkepimpinan

CARA MEMOHON

Sila hantarkan resume / biodata diri beserta gambar berukuran passport (tidak dipulangkan), serta gaji yang dipohon kepada:

Pengurus Besar
Kraf Holdings Sdn Bhd
d/a Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Seksyen 63, Jln Conlay
50450 KUALA LUMPUR
( u.p : Unit Pengurusan Sumber Manusia)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan di talian 03-2162 7459 Samb. 109 (Puan Ida Ruzila Ramli) dan Samb. 170 (Puan Harnaine Pusiran)

Tarikh Tutup Permohonan : 28 OGOS 2012(SELASA)

MAKLUMAN : HANYA CALON YANG TERSENARAI PENDEK SAHAJA YANG AKAN DIMAKLUMKAN UNTUK DITEMUDUGA

Sumber iklan here

Posted on : August 13th, 2012